Monday, 31 October 2011

Dari Sulaiman ibn Buraidah dari ayahnya, dari Nabi s.a.w., ia (Sulaiman ibn Buraidah) berkata: "Sesungguhnya seorang lelaki pernah bertanya kepada Nabi tentang waktu solat. Baginda menjawab: '(Agar engkau mengetahuinya secara pasti) Solatlah bersamaku selama dua hari.' Ketika matahari mulai condong ke barat, Nabi menyuruh Bilal mengumandangkan azan,kemudian mendirikan solat Zohor. Ketika tiba waktu Asar, Baginda pun menyuruh Bilal mengumandangkan azan lalu Baginda mendirikan solat Asar dalam keadaan matahari masih tinggi dan berwarna putih bersih. Ketika tiba waktu Maghrib(ketika matahari mulai terbenam), Baginda pun menyuruh Bilal mengumandangkan azan terlebih dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Ketika datang waktu Isya' (warna merah langit telah sirna), Nabi juga menyuruhnya azan lalu Baginda melakukan solat Isya'. Dan ketika fajar telah terbit, Baginda pun menyuruh Bilal mengumandangkan azan lalu Baginda mengerjakan solat Subuh.
Pada hari berikutnya(kedua), ketika waktu Zohor tiba, Baginda menyuruh Bilal mengumandangkan azan,namum Baginda mengerjakan solat Zohor di akhir waktu. Baginda juga mengerjakan solat Asar di akhir waktu Asar(saat matahari hampir tenggelam). Baginda juga mengerjakan solat Maghrib di akhir waktu sebelum warna merah di atas langit benar-benar sirna. Baginda melakukan solat Isya' setelah memasuki sepertiga malam. Dan melaksanakan solat Subuh ketika hari hampir terang. Nabi kemudian berkata: 'Dimanakah orang yang bertanya tentang waktu solat kelmarin?' Lelaki itu menjawab: ' Saya wahai Rasulullah.' Nabi lalu berkata: ' Waktu solatmu ada diantara waktu-waktu yang telah engkau lihat.'"
(Hadis riwayat Imam Muslim,al-Tirmidzi, an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

PENJELASAN - Hadis di atas bukan bermakna Rasulullah sengaja melewatkan waktu solat, tetapi adalah Nabi s.a.w. ingin mengajar dan menunjukkan kepada orang yang bertanyakan kepada Baginda tentang waktu solat.Pada hari pertama, Nabi s.a.w. mengerjakan solat tepat pada waktunya untuk menunjukkan kepada lelaki tersebut permulaan masuknya tiap2 waktu solat. Pada hari kedua pula Nabi s.a.w. solat di hujung waktu kerana ingin menunjukkan kepada lelaki tersebut wkatu terakhir sebelum tamatnya tiap2 waktu solat. Bukannya Nabi s.a.w. sengaja melewat2 kan waktu solat. Tetapi adalah untuk mengajar umatnya. Inilah antara sifat cara Nabi s.a.w. mendidik dan mendakwah kepada umatnya.. Sungguh cantik cara Engkau mengajar kami Ya Rasulullah...

No comments:

Post a Comment