Wednesday, 25 January 2012

Kata-kata Motivasi

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga kita
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian kita.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier-

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen-

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina-

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli-

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin-

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle-

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus-

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius-

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo-

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad-

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel-

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze-

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze-

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze-

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse-

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson-

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille-

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab-

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu-

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius-

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi


c/p



Monday, 23 January 2012

SANG IKHLAS!



Tarmizi dan Ahmad merekodkan,
ketika Allah menjadikan bumi, ia pon bergegar..kemudian Allah ciptakan gunung..kekuatan yang Allah kurniakan pada gunung itu membuatkan bumi terdiam..hal ini menghairankan para malaikat sehingga mereka bertanya, 


"wahai Tuhan kami, adakah terdapat perlu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"
Allah menjawab,
"ada..iaitu besi."


- macam mana besi lagi kuat dari gunung dan batu yang ada dengannya??secara logik, di zaman kita nih, senang nak faham..bukan kee cara nak lupuskan gunung tuh guna jentolak, jentera dan yang sewaktu dengannya??then, bukan kee segala benda tuh dibuat dari besi??then, betol la kann besi lagi kuat dari gunung..=)


para malaikat bertanya lagi,
"wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"
Allah menjawab,
"ada..iaitu api"


 macam mana pula api lagi kuat dari besi??adikku sayang, bukan kee kalo kita nak tempa besi kita guna api??kan??kan??


para malaikat bertanya lagi,
"wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"
Allah menjawab,
"ada..iaitu air"


mesti sebab air boleh padam api kan??ahhhha, bijak!


para malaikat bertanya lagi,
"wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?"
Allah menjawab,
"ada..iaitu angin"


-perkaitannya, apa yang menyebabkan terjadinya tsunami??bukan kee air menurut perintah angin yang menyebabkan ia terpesong dari laluan sebenarnya dan mengancam petempatan manusia??angin memiliki kekuatan yang amat dahsyat!


para malaikat bertanya lagi,
"wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari semua itu?"
Allah menjawab,
"ada..iaitu anak Adam yang memberi sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya..


-yess! menyorokkan sesuatu teramatlah sukar..apalagi lagi memang naluri manusia yang sentiasa merindukan pujian dan penghargaan..kalo fikir logik, macam mana tangan kiri tak tahu sedangkan memang sah tangan kiri akan tahu as sumer pergerakan dikawal oleh otak..sumer pergerakan berpusat di satu tempat yang sama..ibaratnya, kita buat pengumuman menggunakan pembesar suara tetapi dalam masa yang sama tanak si polan yang turut berada di situ jugak tahu??tak pon, kita makan kuini tetapi tanak orang lain tahu kita makan kuini??susahnyaaaa..then, sebab tulah ia lagi berkuasa dari segala apa penciptaan Allah kerana mencari sang ikhlas teramatlah sukar!


-tapi, janganlah menjadikan kesukaran mencari sang ikhlas sebagai sebab untuk kita tidak beramal.."tak bole pegi masjid kalo hati tak ikhlas"..eh, tanak la sedekah, tak ikhlas!"..ikhlas perlu dicari..Allah takkan selamanya menggelapkan hati hambaNya yang berusaha untuk dekat padaNya..mungkin hari ni ikhlas tak sudi, namun esok siapa menjangaka??=)


~diambil dari "Indahnya Kematian" karya Bisri M.Djaelani~

 IKHLAS, RAHSIA PARA KEKASIH ALLAH

Seorang sahabat dengan mimik serius mengajukan sebuah pertanyaan,“Ya kekasih Allah, bantulah aku mengetahui perihal kebodohanku ini. Kiranya engkau dapat menjelaskan kepadaku, apa yang dimaksud ikhlas itu?“

Nabi SAW, kekasih Allah yang paling mulia bersabda,“Berkaitan dengan ikhlas, aku bertanya kepada Jibril a.s.apakah ikhlas itu?Lalu Jibril berkata,“Aku bertanya kepada Tuhan yang Maha Suci tentang ikhlas, apakah ikhlas itu sebenarnya?“ Allah SWT yang Mahaluas Pengetahuannya menjawab,“Ikhlas adalah suatu rahasia dari rahasia-Ku yang Aku tempatkan di hati hamba-hamba-Ku yang Kucintai.“(H.R Al-Qazwini)

Dari hadits diatas nampaklah bahwa rahasia ikhlas itu diketahui oleh hamba-hamba Allah yang dicintai-Nya. Untuk mengetahui rahsia ikhlas kita tidak lain harus menggali hikmah dari kaum arif, salafus shaalih dan para ulama kekasih Allah.

Antara lain Imam Qusyaery dalam kitabnya Risalatul Qusyairiyaah menyebutkan bahwa ikhlas berarti bermaksud menjadikan Allah sebagai satu-satunya sesembahan. Keikhlasan berarti menyucikan amal-amal perbuatan dari campur tangan sesama makhluk. Dikatakan juga keikhlasan berarti melindungi diri sendiri dari urusan individu manusia.

Sunday, 22 January 2012

Untaian tasbih



Untaian tasbih seakan menari-nari,
Di celahan jari-jemari,
Mengalun nyanyian zikir,
Mengingati Rabbi.

Dimensi pentas duniawi yang kosong,
Hanya membawa aku menerobos angan-angan palsu,
Jiwa di kiri, hati di kanan,
Cinta disisi, perasaan dirawan,

Perlukah aku khabarkan kepada alam,
Bahawa hatiku milik Tuhan?
Tipukah aku jika aku meletakkan cintaku hanya untukNYA?

Biar Iman berbicara,
Menjadi tanda sebuah cerita cinta,
Bukan saksi bisu yang kaku tunduk layu.

moga imanku sentiasa mekar dan terus subur,
hingga dapat menjadikanku seorang mujahidah
yang syahid dijalan Allah..

kerana aku yakin,
hadirnya aku dimuka bumi ini,
semata-mata untuk menjadi
seorang hamba,
yang wajib menjalankan suruhan
pemilikku sepenuhnya.

akanku letakkan cintaku,hidupku,dan matiku hanya keranaNya..
moga jiwaku kental untuk menjalankan misiku di bumi yang fana,
walau cubaan menimpaku bertalu-talu,
takkan pernah membuatkan hatiku lari dari menyebarkan dakwah
kepada insan yang memerlukan,apa yang kuharap hanya keredhaan dari Mu Ya rabb..
moga dakwahku berjaya disampaikan...

Friday, 20 January 2012

KELEBIHAN ZIKIR



Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.

Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:
“Dari mana kamu datang?”
Malaikat menjawab:
“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.  Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”
Allah s.w.t berfirman:
“Apakah yang mereka pohonkan.?”
Para Malaikat menjawab:
“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”
Allah berfirman:
“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”
Para Malaikat menjawab:
“Belum, wahai Tuhan.”
Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”
Malaikat berkata lagi:
“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”
Allah berfirman:
“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”
Malaikat menjawab:
“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”
Allah berfirman:
“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”
Malaikat menjawab:
“Belum.”
Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”
Malaikat terus berkata:
“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”
Allah berfirman:
“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”
Malaikat berkata lagi:
“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”
Allah berfirman:
“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”

Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie



Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”