Sunday, 22 January 2012

Untaian tasbih



Untaian tasbih seakan menari-nari,
Di celahan jari-jemari,
Mengalun nyanyian zikir,
Mengingati Rabbi.

Dimensi pentas duniawi yang kosong,
Hanya membawa aku menerobos angan-angan palsu,
Jiwa di kiri, hati di kanan,
Cinta disisi, perasaan dirawan,

Perlukah aku khabarkan kepada alam,
Bahawa hatiku milik Tuhan?
Tipukah aku jika aku meletakkan cintaku hanya untukNYA?

Biar Iman berbicara,
Menjadi tanda sebuah cerita cinta,
Bukan saksi bisu yang kaku tunduk layu.

moga imanku sentiasa mekar dan terus subur,
hingga dapat menjadikanku seorang mujahidah
yang syahid dijalan Allah..

kerana aku yakin,
hadirnya aku dimuka bumi ini,
semata-mata untuk menjadi
seorang hamba,
yang wajib menjalankan suruhan
pemilikku sepenuhnya.

akanku letakkan cintaku,hidupku,dan matiku hanya keranaNya..
moga jiwaku kental untuk menjalankan misiku di bumi yang fana,
walau cubaan menimpaku bertalu-talu,
takkan pernah membuatkan hatiku lari dari menyebarkan dakwah
kepada insan yang memerlukan,apa yang kuharap hanya keredhaan dari Mu Ya rabb..
moga dakwahku berjaya disampaikan...

No comments:

Post a Comment